Skip to main content

FAMILY....

Terbaca satu email yg menyentuh hati....layanlah kengkawan n amik iktibar....

Kenapa kita perlu balik kerja awal????

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Comments

Popular posts from this blog

Mood Frozen

The snow glows white on the mountain tonight, not a footprint to be seen. A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen. The wind is howling like this swirling storm inside. Couldn't keep it in, Heaven knows I tried. Don't let them in, don't let them see. Be the good girl you always have to be. Conceal, don't feel, don't let them know. Well, now they know! Let it go, let it go! Can't hold it back any more. Let it go, let it go! Turn away and slam the door. I don't care what they're going to say. Let the storm rage on. The cold never bothered me anyway. It's funny how some distance, makes everything seem small. And the fears that once controlled me, can't get to me at all It's time to see what I can do, to test the limits and break through. No right, no wrong, no rules for me. I'm free! Let it go, let it go. I am one with the wind and sky. Let it go, let it go. You'll never see me cry. Here I'll stand, and here I...

Sajer- sajer..

Happy Lunch.. hehehe.. malas nk kuar cari makan so makan je la apa yang ada. Minum la air kopi sampai abis.. heheh sambil-sambil jom layan pic2 my luv.. Buat tatapan teman-teman KKLW yg masih mengingati kitorang.. Acik zai pun selalu jenguk2 kan blog ni.. Kakak Yana tak pasti la.. Kadang2 acik zaini pun tgk..

Tersentuh hati....

Tersentuh hati membaca nukilan ini.. Terkedu.. Perasaan bercampur- baur. Ya Allah bantulah hambamu ini.. Saya mempunyai 3 orang anak. Dua perempuan satu lelaki. Yang sulung, kakak, berusia tujuh tahun. Yang kedua abang, 4 tahun dan yang bongsu, adik perempuan berusia 1 tahun 6 bulan. Ketiga-tiga mereka ini boleh dikatakan anak yang soleh dan solehah. Cuma si kakak ni, sering membuatkan sayang pening kepala. Tak dinafikan, kakak memang seorang budak yang pandai. Dia seorang yang fast learner. Seawal umur 5 tahun dia dah pandai mengeja dan membaca. Dan dia juga seorang yang petah berkata-kata. Apa yang membuatkan saya sering 'bergaduh' dengan dia adalah kerana dia sukar mendengar kata. Dia akan cuba mengambil perhatian saya walaupun berulang kali saya memberitahunya yang saya penat bekerja. Ya. Saya dan suami semuanya bekerjaya. Jadi, anak-anak, kami akan hantar pada pengasuh bila kami beransur ke office masing-masing. Pernah suatu hari, ketika saya dah pulang lewat petang, ...